This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

KOLOKIUM DAERAH

cuba ... try test

22.1.14

SELAMAT DATANG KE PENGGAL 2

Penggal ini anda perlu membuat satu kerja kursus (Kerja Projek) ... berikut adalah contoh-contoh tajuk yang anda boleh gunakan. Tema untuk penggal 2 ini ialah Ekologi dan Perpaduan dan Integrasi.

1. 
Perubahan Ekologi Akibat Pembuangan Sisa Domestik Di Sungai Kecil Felda Ayer Hitam, Johor.

24.1.13

JANGAN DIANAKTIRIKAN PENGURUSAN TINGKATAN ENAM


Jangan dianaktirikan pengurusan tingkatan enam

TINGKATAN enam telah melalui fasa pembaharuan dalam perjalanan pengurusan pada tahun lalu. Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) baharu telah diperkenalkan menggantikan STPM lama yang bersifat terminal.
Langkah yang diusahakan oleh Kementerian Pelajaran ini adalah langkah yang baik dan disokong penuh. Namun malangnya, keadaan dan situasi pengurusan tingkatan enam masih pada tahap lama.
Pengurusan tingkatan enam ketika ini seperti mengharapkan belas ihsan arus perdana untuk terus hidup. Masalah ini bertambah apabila pengurusan tingkatan enam tidak difahami oleh sesetengah pengetua yang menganggap tingkatan enam hanya seperti melukut di tepi gantang.
Pelajar tingkatan enam dilayan setaraf pelajar tingkatan lima. Pelbagai peraturan dilaksanakan umpamanya tidak boleh membawa komputer riba, melayari internet, jadual waktu mengikut arus perdana dan pelbagai lagi peraturan yang tidak menyokong pengurusan tingkatan enam itu sendiri.
Selain itu, pelajar tingkatan enam dipaksa mengikuti program kokurikulum.
Persoalannya, dengan pentaksiran baru mengikut kerja kursus sepatutnya pelajar tingkatan enam diberi kebebasan untuk bergerak bebas dalam ruang lingkup pelajaran dan pembelajaran, jadual waktu dan kokurikulum berasingan seperti yang termaktub dalam pekeliling pengurusan tingkatan enam.
Sekiranya ini tidak dilaksanakan, bagaimana pelajar hendak menghadapi STPM baharu ini dengan jayanya? Program Pemusatan Tingkatan Enam seperti yang dijanjikan oleh Menteri Pelajaran seperti sudah tenggelam dan tidak dibicarakan lagi.
Sewajarnya, pihak kementerian proaktif dalam hal ini dan jangan biarkan perkara ini berlaku.
Jangan biarkan pengurusan tingkatan enam seperti entiti yang tidak dikehendaki di sekolah. Sudahlah diberi kelas yang paling buruk, para guru kami pula dipaksa mengajar tingkatan 1 sehingga 5.
Jadi persoalannya, bila kami dapat menyiapkan kerja kursus bagi Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) untuk tingkatan enam yang perlu disiapkan pada April ini yang juga memerlukan kami membentangkan hasilan kerja kursus tersebut sedangkan guru kami juga dibebankan dengan tugasan arus perdana?
Kenapa pekeliling pengurusan tingkatan enam yang dikeluarkan sendiri oleh Kementerian Pelajaran diabaikan di peringkat sekolah?
Pegawai di kementerian sepatutnya memantau sekolah-sekolah yang mempunyai tingkatan enam. Pastikan sama ada pengetua di sekolah berkenaan mematuhi pekeliling tersebut atau melayan pekeliling pengurusan berkenaan sekadar "melepaskan betuk di tangga".
Kenapa tidak diasingkan terus tingkatan enam dari arus perdana? Kenapa dibiarkan masalah ini berlaku?
Harapan kami sebagai pelajar tingkatan enam agar Bahagian Pengurusan Tingkatan 6, Kementerian Pelajaran selalulah meninjau dan melawat sekolah-sekolah yang mempunyai tingkatan enam, lihatlah bagaimana pengurusan kami diabaikan dan dianaktirikan oleh pengurusan sekolah khasnya pengetua yang lebih mementingkan arus perdana.
Jangan biarkan perkara ini berpanjangan demi kecemerlangan kami sebagai anak bangsa dan negara yang perlu layanan sama adil seperti pelajar lain.
Semoga ada sinar untuk kami terus mendokong aspirasi kerajaan dalam menjenamakan semula tingkatan enam.
Jangan biarkan hasrat tersebut dikhianati oleh pengurusan sekolah khasnya pihak pengetua sekolah yang enggan mematuhi pekeliling yang dikeluarkan sendiri oleh kementarian.
Kasihanilah kami. Berilah kami pembelajaran yang kondusif dan tenteram sebelum kami menghadapi peperiksaan ini kerana STPM inilah peluang akhir kami dalam peperiksaan sebelum dapat melangkah ke universiti. Semoga sistem pendidikan kita terus cemerlang pada masa hadapan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20130117/fo_03/Jangan-dianaktirikan-pengurusan-tingkatan-enam#ixzz2ItwnV6Pe
© Utusan Melayu (M) Bhd 

3.10.12

GERAK GEMPUR 2 STPM BAHARU (C)

Globalisasi akan membawa lebih banyak manfaat kepada pembangunan sesebuah negara berbanding kesan sebaliknya. Bincangkan


GERAK GEMPUR 2 STPM BAHARU (A)


GERAK GEMPUR 2 STPM BAHARU (B)

Bahagian B:

1. Berikan empat peranan sesebuah kerajaan
a) menentukan arah tadbir urus negara demi keamanan, kesejahteraan warganegara
b) menyediakan kemudahan ekonomi
c) menyediakan pelbagai perkhidmatan
d) memastikan keamanan dan ketenteraman
e) Perlindungan alam sekitar
f) penyediaan kemudahan asas
g) memastikan kestabilan ekonomi

2. Berikan tiga kelayakan yang membolehkan seseorang mendaftar sebagai pemilih dalam pilihan raya
a) warganegara Malaysia
b) berumur tidak kurang drp 21 tahun pd tarikh kelayakan
c) seorg penduduk di mana-mana bahagian pilihan raya di Malaysia
d) tidak hilang kelayakan

3. Setiap warganegara Malaysia boleh kehilangan taraf kewarganegaraan disebabkan oleh dua keadaan spt yg diperuntukan oleh Perlembagaan. Nyatakan dua cara tersebut.
a) Penolakan
seseorg warganegara yg berumur 21 tahun atau lebih dan sempurna akal dan juga adalah warganegara bagi suatu negeri lain atau yg hendak menjadi warganegara negeri lain menolak warganegara Malaysia

b) Pelucutan
seseorg tlh menjadi warganegara asing / menderhaka terhadap kerajaan semasa peperangan / membuktikan dia tidak setia kpd negara sama ada melalui percakapan atau tindakan yg boleh mencemar keselamatan dan kedaulatan negara

4. Berikan 4 tugas Majlis Raja-Raja
a) memlilih YDPA dan Timbalan YDPA
b) setuju / tidak supaya apa-apa perbuatan, amalan @ upacara agama meliputi persekutuan
c) membuat atau memberi nasihat mengenai pelantikan yg perlukan persetujuan MRR
d) melantik angota Mahkamah Khas (Perkara 182)
e) meringankan / mengampunkan kesalahan (Perkara 42)
f) menimbangkan soal-soal mengenai dasar negara

2.10.12

GERAK GEMPUR 1 STPM BAHARU (C)

1. Integrasi Nasional sangat penting di negara yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia. Jelaskan halangan-halangan yang melambatkan proses berkenaan.

GERAK GEMPUR 1 STPM BAHARU (B)

Bahagian B (15 markah)

1. Berikan empat ciri asas sebuah negara yang berdaulat?
a) mempunyai penduduk yang tetap
b) mempunyai sempadan yang jelas
c) ditadbir atau diperintah oleh sebuah kerajaan yang berdaulat
d) mempunyai hubungan dengan negara luar

2. Perkara 159 dan 161E, Perlembagaan Malaysia menyatakan Perlembagaan boleh dipinda. Nyatakan empat cara pindaan Perlembagaan.
a) mendapat pungutan suara majoriti biasa Majlis Parlimen
b) mendapat suara dua pertiga Majlis Parlimen
c) mendapat suara dua pertiga Majlis Parlimen dan mendapat keizinan daripada Majlis Raja-raja
d) Perkara yg menyentuh Sabah dan Sarawak memerlukan pungutan suara dua pertiga Majlis Parlimen dan persetujuan Yang di-Pertua Negeri

3. Nyatakan tiga tugas Penyimpan Mohor Besar Raja-raja.
a) merupakan setiausaha MRR
b) mengesahkan semua keputusan MRR
c) mengumumkan keputusan MRR, tarikh berpuasa dan tarikh hari raya

4. Berikan empat syarat untuk layak menjadi ahli Dewan Negara.
a) warganegara Malaysia
b) umur tidak kurang dari 30 tahun
c) waras fikiran
d) bukan seorang muflis
e) tidak mempunyai rekod jenayah

GERAK GEMPUR 1 STPM BAHARU (A)

Latihan 1 : Bahagian A

GERAK GEMPUR 2 STPM


Soalan 2.   
Hampir 70 % bentuk muka bumi Malaysia diliputi kawasan hutan yang menyumbangkan  pelbagai kepentingan kepada manusia sejagat.  Namun penerokaannya secara berleluasa  akan menimbulkan pelbagai kesan negatif.  Bincangkan

1.10.12

GERAK GEMPUR 1 STPM

SOALAN 1 : Kenaikan harga bahan api di pasaran dunia telah menyebabkan berlakunya inflasi di Malaysia. Walau bagaimanapun terdapat juga faktor lain yang turut mempengaruhi fenomena tersebut. Jelaskan.

MAJLIS RESTU ILMU STPM

Majlis Restu Ilmu Sekolah Tinggi Kluang Slideshow: Pok’s trip to Kluang was created with TripAdvisor TripWow!